Nama Kampung: Kampung Sg.Naga, Kawasan 5, Mukim Api-Api, Pontian, Johor.
DUN : Pulai Sebatang (YB Datuk Tee Siew Kiong)
Parliman : Pontian (YB. Datuk Haji Ahmad bin Hj. Maslan )
Daerah : Pontian ( Yang Berbahagia Tn. Hj. Muji bin Salimon )
Mukim : Mukim Api-Api ( Mohamad Razali bin Haji Dahlan)
Tarikh dibuka: 1920an
Pengasas: Tuan Haji Marto bin Sonto
Ketua Kampung Sekarang: Encik Amin bin Manidi.
Keluasan Kampung: 135 hektar
SEJARAH KAMPUNG
Kampung Sg.Naga, Kawasan 5, Mukim Api-Api,terletak dalam kawasan Parlimen Pontian P144 dan kawasan DUN Pulai Sebatang N39, jauhnya dari bandar Pontian 9 km, ke Johor Bahru lebih kurang 79 km.
Kawasan 5, Mukim Api-Api, Pontian, Johor, telah diterokai pada tahun 1920an oleh kumpulan penduduk yang diketuai oleh Tn. Hj. Marto bin Sonto.
Nama kampung ini adalah mengambil sempena nama seekor naga yang bertapa disungai tersebut. Apabila sekumpulan orang-orang dari Jawa datang meneroka hutan dikawasan tersebut, mereka menebang dan membakar kayu-kayunya maka bahang kepanasan membuatkan naga tersebut lari kearah laut melalui sungai yang berliku-liku tadi. Kisah cerita sejarah ini telah dterima oleh penduduk setempat dan kekal panggilan Sungai Naga itu sehingga sekarang.
Ia terdiri daripada 5 buah kampung rangkaian sebagaimana tertera dibawah : Pt.Hj.Dahlan,Pt.Hj.Omar,Pt.Yunus,Pt.Idris,Pt,Yusuf dan Lorong Haji Fadhil buah
Kini Kawasan Lima Mukim Api-Api, Pontian, telah banyak mencapai kemajuan yang agak pesat dengan adanya Projek Johor Barat dan kemudahan-kemudahan asas yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada penduduk dikawasan 5 ini.
No comments:
Post a Comment